Bagi yang
ingin mengamalkan hidup sihat yang lebih sempurna, mereka sentiasa
mencari jawapan ke atas persoalan yang sering mereka fikir iaitu.. betul ke apa yang aku buat selama ini , diet, senaman dan gaya hidup.
Dan selalu yang mereka tanya….. mana nak buat dulu …. Sarapan pagi atau senaman dulu.
Persolan ini sering di aju kan di media
social di dalam group group diet dan
hidup sihat.
Saya
tidaklah arif di dalam hal hal ini… Walaubagaimanapun saya amat berminat untuk mendapatkan jawapan ke atas persoalan ini.
Saya lakukan blog walking… melawat dari satu blog ke satu blog yang lain dan saya dapat kumpulkan beberapa pendapat
dan penulisan bagi mereka yang arif di dalam bidang ini.
Antara
nya ialah saperti di bawah.
Ada pendapat mengatakan bahawa mengambil
makanan atau minum minuman yang tinggi
karbohidrat boleh memantapkan lagi senaman kita dan membolehkan kita bersenam lebih lama atau
lebih intense lagi iaitu senaman yang
lebih berat.
Kalau kita tak mengambil sarapan , kemungkinan kita akan rasa lembap atau
kurang bersemangat dan mungkin
akan merasa pening kepala atau rasa nak
pitam semasa bersenam.
Bangunlah awal untuk bersarapan . Sekurang kurang nya satu jam sebelum nak mula
senaman . Ibarat penuh kan tangki petrol
sebelum memulakan perjalanan.
Mengambil
sarapan yang ringan tetapi yang tinggi
karbohidrat boleh memastikan kita ada cukup tenaga untuk bersenam.
Ada pendapat yang mengatakan , bersenam
dengan perut kosong , kita mungkin akan kehilangan sumber tenaga yang
sepatutnya di gunakan untuk aktiviti seharian.
Kadar kandungan gula yang rendah juga boleh mengakibatkan kita rasa
pening, rasa nak pitam atau rasa menggigil.
Pendapat lain pula mengatakan apa yang kita ambil dan waktu
kita bersarapan memainkan peranan didalam
senaman yang kita buat .. tak kira lah samada berjalan jalan di pagi hari secara santai
atau berlatih untuk sesuatu pertandingan.
Tetapi jika kita mengambil sarapan yang agak berat
saperti nasi lemak berlauk ke tau roti
canai beberapa keping sebagai sebahagian routine sebelum senaman… kita akan
merasa stomach full dan boleh berlaku nya ketidaksempurnaan di dalam
proses penghadaman … dan ini
mungkin memudaratkan perut kita..
Dalam laman
web The American Heart Association ada menyarankan mengambil makanan dan minuman yang cukup sebelum dan selepas senaman boleh
menstabilkan paras glukos dalam
darah., memaximakan
performance kita dan mengurangkan atau mempercepatkan masa untuk pulihkan system badan
kita kembali normal.
Ramai yang percaya dengan bersenam pagi sebelum
mengambil sarapan dapat membakar lebih
lemak di badan dari mengambil sebelum sarapan. Walaupun ianya masih di debatkan tetapi terdapat bukit yang mengatakan bahawa dengan bersenam aerobic atau kardio dengan
perut kosong ada lah bagus untuk
membakar lemak.. Ini mungkin ada benarnya kerana selepas semalaman kita tidur, paras glycogen adalah rendah dan badan akan
membakar lebih lemak ketika paras
glycogen rendah.
Sebenar nya
samada perlu bersarapan ataupun tidak sebelum bersenam terletak pada jenis senaman yang kita nak
lakukan.
Jika kita bersenam bagi tujuan nak kuruskan badan, ini satu kelebihan dimana
bersenam sebelum sarapan boleh membantu badan membakar lemak lebih
kerana paras glukos yang rendah akan membuatkan sistem
beralih dan mengambil tenaga yang tersimpan dari lemak badan kita.
Jika
kita bersenam untuk
yang berkaitan dengan performance saperti memantapkan stamina dan kekuatan , perlulah
mengambil makanan sebelum bersenam. Jika tidak ia akan membantutkan usaha kita untuk memperbaiki
prestasi kita.
Apa yang
menarik perhatian saya apabila membuat blog walking di satu web
ialah , penulis mengingatkan penghidap kencing manis ( diabetic) atau
mereka yang sering mengalami penurunan
paras gula dalam darah , adalah di nasihatkan untuk mengambil sarapan
yang secukupnya . Ini untuk memastikan agar kita tidak mengalami kejutan
kestabilan badan semasa bersenam yang mungkin akan berakhir dengan pitam.
Saya
merumuskan bahawa keputusan untuk bersarapan dahulu atau bersenam dahulu bergantung atas beberapa faktor saperti :-
Sistem dan keupayan badan kita… setiap individu mempunyai keupayaan yang
berlainan.
Tahap kesihatan akan berbeza dari satu
individu ke satu individu yang lain.
Jenis dan tujuan senaman yang berlainan
Keadaan cuaca
yang berbeze sebelum kita bersenam.
MERANCANGLAH
SEBELUM BERSENAM.
0 Ulasan