METABOLISMA DAN WEIGHT LOSS


KENAL DULU METABOLISMA BARU MUDAH NAK STABILKAN BERAT BADAN


Kita selalu dengar  sana sini orang bercakap menyalahkan kadar metabolisma yang rendah  penyebab berat badan. Betul ke ni.. metabolisma  si culprit tu.  Kalau ya… ada peluang tak untuk kita  tingkatkan  kadar metabolisma itu untuk membakar lebih kalori.

Memang ada benar nya yang metabolisma ada kaitan dengan berat badan.  Tapi ini tidak bermakna yang kadar metabolisma yang rendah ada lah penyebab  kegemukkan.
Walaupun metabolisma  mempunyai pengaruh ke atas  keperluan asas tenaga yang di perlukan oleh badan kita,  apa dan berapa yang kita makan dan minum serta tahap  aktiviti fizikal  lah yang menentukan berat badan kita.
Metabolisma: Menukar makanan kepada tenaga
Metabolisma  ialah satu proses dimana  badan kita menukar apa yang kita makan dan minum kepada tenaga.  Dalam proses yang kompleks ini, kalori dalam makanan yang kita ambil di gabungkan dengan okisgen untuk di jadikan tenaga yang di perlukan oleh badan kita  untuk berfungsi.
Dalam keadaan berehat juga , badan kita memerlukan tenaga untuk pergerakan yang tidak ketara saperti bernafas, perjalanan system darah,  dan pembentukan dan pembaikan sel sel badan.  Jumlah  kalori yang  di gunakan  untuk  menampung keperluan   asas  ini di namakan ‘basal metabolic rate’ ataupun yang selalu kita sebut sebagai metabolisma.

Antara faktor faktor yang mempengaruhi  setiap individu punya basal metabolisma ialah :-
  • Saiz dan bentuk badan. Mereka yang bersaiz besar ataupun mempunyai  otot besar  membakar lebih kalori walaupun dalam keadaan berehat.
  •  Jantina. Lelaki selalu nya mempunyai lebih otot dan kurang  lemak badan berbanding  wanita. Makanya badan lelaki membakar lebih kalori.
  • Umur.  Semakin meningkat usia,  saiz otot makin menurun dan lemak makin meningkat dalam badan kita dan ini mengurangkan kadar kalori yang di bakar.

 Ada dua faktor lagi  yang mempengaruhi kadar pembakaran kalori oleh system badan kita setiap hari.
  • Pemprosesan makanan (thermogenesis).  Penghadaman, penyerapan , penghantaran dan penyimpanan  makanan yang kita ambil juga menggunakan kalori.  Di anggarkan 10%  kalori dari karbohidrat dan protin yang kita  ambil  di gunakan  ketika proses penghadaman dan penyerapan makanan  dan khasiat yang kita ambil.

  •  Aktiviti fizikal.  Senaman dan aktiviti fizikal  - contoh nya  bermain tenis, berjalan jalan  dan pergerakan yang lain lain  menggunakan selebih nya kalori yang di bakar oleh badan kita setiap hari.


Metabolisma dan berat badan
Mungkin kita  mudah menyalahkan  metabolisma kita  jika  berat badan berlebihan.  Harus kita ketahui bahawa  metabolisma itu satu proses yang natural, badan kita mempunyai  satu mekanisma yang mengawal kadar tersebut mengikut keperluan setiap individu.
Dalam  keadaan tertentu , ada antara kita yang mendapat masaalah lebihan berat badan atas faktor  kesihatan saperti  hypo. ( underactive  thyroid gland)
Penambahan berat badan ini satu proses yang kompleks. Ia nya saperti  gabungan  sumber genetic, kawalan hormone, komposisi diet dan juga  keadaan sekeliling cara hidup  termasuk  aktiviti fizikal dan juga stress.
Faktor faktor ini lah yang menjadi sebab dalam ketidakseimbangan dalam kiraan tenaga.  Berat badan naik bila kita makan lebih kalori dari yang kita bakar atau  kalori di bakar sedikit dari apa yang kita makan.
Memanglah benar  ada yang mudah untuk menurunkan berat badan dari yang lain  tetapi setiap dari kita akan kehilangan berat badan bila kalori di bakar lebih dari apa yang kita makan.  Untuk  itu, kita perlu menjana deficit dalam tenaga creation  dengan  mengambil kurang kalori atau membakar lebih kalori melalui  aktiviti fizikal.
Hakikat nya kita tidak boleh mengawal sangat   tahap  basal metabolisma kita tetapi kita boleh mengawal berapa banyak kalori yang hendak di bakar melalui tahap aktiviti fizikal kita. 
Lagi kita aktif, lagi banyak kalori yang kita bakar.  Lazim nya, ada orang yang di katakan mempunyai  kadar metabolisma yang tinggi tetapi selalu nya mereka ini lebih aktif dari biasa
Tiada jalan mudah untuk  turunkan berat badan yang berlebihan.  Asas kepada  pengurangan berat badan  ( weight loss )  ialah diet yang sempurna dan  aktiviti fizikal.
Kurangkan pengambilan kalori dan bakar lebih , berat badan anda akan turun.

0 Ulasan